Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah memperkenalkan sistem e-Billing bagi memudahkan urusan pembayaran cukai. Pada awal tahun 2023, kerajaan mengumumkan bahawa “Nombor Bil” kini menjadi rujukan mandatori bagi semua jenis pembayaran cukai langsung, kecuali bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Duti Setem.

Walau bagaimanapun, dalam tempoh peralihan sehingga 30 Jun 2023, Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau Nombor Rujukan Cukai masih boleh digunakan untuk urusan pembayaran cukai langsung yang berkaitan.

Semakan Nombor Bil untuk e-Billing LHDN

Untuk mendapatkan Nombor Bil bagi tujuan pembayaran, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web MyTax di https://mytax.hasil.gov.my.
  2. Masukkan maklumat berdasarkan “Jenis Pengenalan” dan kata laluan untuk log masuk ke sistem MyTax.
  3. Melalui menu e-Billing di bawah Perkhidmatan ezHasil, anda akan melihat pilihan menu seperti Paparan Bil Pembayar Cukai, Paparan Bil Majikan, dan Janaan Bil.
  4. Menu Paparan Bil Pembayar Cukai dan Paparan Bil Majikan akan menunjukkan bil-bil yang perlu dijelaskan oleh pembayar cukai.
  5. Skrin Paparan Bil Pembayar Cukai dan Paparan Bil Majikan akan memaparkan menu-menu berikut:
    • Paparan Bil
    • Surat/ Notis Tuntutan
    • Bil Ansuran
    • Rekod Transaksi
    • Bil Majikan
  6. Menu Janaan Bil digunakan untuk menjana Nombor Bil secara manual bagi jenis cukai berikut:
    • Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (LBATA)
    • Borang Nyata Cukai Pendapatan Manual (BNCP)

Cara Melihat Paparan Bil

Untuk melihat paparan bil melalui menu e-Billing di bawah Perkhidmatan ezHasil:

  1. Klik pada e-Billing.
  2. Menu Paparan Bil akan memaparkan jenis-jenis bil berikut:
    • Bil Anggaran Cukai:
      • Anggaran Cukai CP204/ CP500/ CP250
    • Bil Cukai:
      • Cukai Pendapatan
      • Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
      • Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (LBATA)
      • Kenaikan Cukai
      • Kompaun
    • Bil Pemeroleh Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
    • Bil Cukai Penghibur Awam
    • Bil Cukai Pegangan

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai sistem e-Billing LHDN, anda boleh menghubungi pegawai yang bertugas melalui:

  1. Hasil Care Line: Talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (untuk panggilan dari luar negara).
  2. HASiL Live Chat
  3. Borang Maklum Balas: Di portal rasmi HASiL melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

Dengan panduan ini, diharapkan urusan pembayaran cukai anda menjadi lebih mudah dan teratur.