Mengurus pembayaran cukai syarikat adalah satu aspek penting dalam menjalankan perniagaan di Malaysia. Proses ini memerlukan pemahaman yang mendalam tentang jenis-jenis cukai yang dikenakan, prosedur pembayaran, dan tarikh akhir yang perlu dipatuhi. Artikel ini bertujuan memberikan panduan lengkap mengenai pembayaran cukai syarikat di Malaysia, termasuk langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan pematuhan yang tepat dan mengelakkan penalti.
CUKAI KORPORAT (CUKAI SYARIKAT)
Cukai korporat atau cukai syarikat dikenakan atas syarikat bermastautin (sendirian berhad dan berhad) yang memperolehi pendapatan:
- Di Malaysia dan;
- Dari luar Malaysia bagi syarikat insurans, pengangkutan laut dan udara dan perbankan sahaja.
TANGGUNGJAWAB SYARIKAT UNTUK PEMBAYARAN CUKAI SYARIKAT
Ada beberapa tanggungjawab syarikat di dalam proses pembayaran cukai. Antaranya adalah:
- Hantar anggaran cukai secara e-Filing (e-CP204) atau borang kertas (CP204) ke Pusat Pemprosesan Maklumat HASiL secara manual. Mulai Tahun Taksiran 2018, anggaran cukai perlu dihantar secara e-Filing (e-CP204).
- Bayaran Ansuran Syarikat (anggaran dibuat oleh syarikat)
Perkara | Koperasi Baharu | Koperasi Sedia Ada | Borang |
---|---|---|---|
Hantar Anggaran | Dalam masa 3 bulan pertama operasi | 30 hari sebelum mula tempoh asas | CP204 |
Mula Bayar | Bulan ke-6 tempoh asas | Bulan ke-2 tempoh asas | CP207 |
Tarikh Bayaran | Sebelum / pada 15 haribulan | CP207 | |
Pinda Anggaran | Bulan ke-6 atau ke-9 tempoh asas | e-CP204A |
Syarikat dorman tidak perlu hantar CP204
- Hantar Borang e-C secara e-Filing (termasuk syarikat dorman).
- Bayar baki cukai (jika ada) menggunakan CP207 sebelum / pada hari terakhir penghantaran Borang e-C (7 bulan selepas tarikh penutupan tempoh perakaunan).
- Simpan rekod dan buku akaun selama 7 (TUJUH) tahun bagi tujuan semakan HASiL.
KESALAHAN ATAU KEGAGALAN
- Kegagalan syarikat mematuhi tanggungjawab akan mengakibatkan syarikat tertakluk kepada:
Kesalahan Jenayah | Kesalahan Sivil |
---|---|
Kegagalan menghantar dan melaporkan pendapatan mengikut tempoh yang ditetapkan dan kegagalan melaporkan pendapatan yang sepatutnya (tuntutan palsu) di Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) | Kegagalan membayar cukai pendapatan mengikut tempoh yang ditetapkan |
Baca Juga: Pengecualian Cukai Bagi Syarikat
SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK PEMBAYARAN CUKAI SYARIKAT?
- Pengarah-Pengarah Syarikat
- Setiausaha Syarikat
- Pengurus Atau Pegawai Utama
- Sesiapa sahaja yang menjalankan mana-mana fungsi di atas.
KADAR CUKAI SYARIKAT
JENIS TAKSIRAN | TAHUN TAKSIRAN (T/T) | ||||||
2009-2015 | 2016 | 2017 – 2018 | 2019 | ||||
Modal berbayar sehingga RM2.5 juta pada awal tempoh asas | |||||||
Pendapatan bercukai RM500,000 pertama | 20% | 19% | 18% | 17% | |||
Pendapatan bercukai selebihnya | 25% | 24% | 24% | 24% | |||
Modal berbayar melebihi RM2.5 juta pada awal tempoh asas | 25% | 24% | 24% | 24% |
Baca Juga: Kadar Cukai Syarikat di Malaysia
Jadual Kod Bayaran di Bank Ejen HASiL dan Pos Malaysia adalah seperti berikut:
Item | Kod Bayaran | Keterangan |
1 | 086 | Bayaran Ansuran Cukai Syarikat |
2 | 088 | Pendahuluan / Ansuran Cukai Komposit |
3 | 095 | Bayaran Cukai Pendapatan (tidak termasuk skim ansuran) |
4 | 150 | Bayaran Kenaikan Seksyen 103A / 103 |
5 | 151 | Bayaran Seksyen 108 |
6 | 152 | Bayaran Kenaikan Seksyen 108 |
7 | 153 | Bayaran Kenaikan Komposit |
8 | 154 | Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(9) / 107B(3) |
9 | 155 | Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(10) / 107B(4) |
10 | 156 | Bayaran Kos Mahkamah |
11 | 157 | Bayaran Faedah Atas Hutang Hukuman |
12 | 158 | Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Audit |
13 | 159 | Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Pemungutan |
14 | 160 | Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Guaman Sivil |
15 | 173 | Bayaran Kos Guaman |
16 | 178 | Bayaran Seksyen 108 (Sek 25) |
17 | 181 | Bayaran Kenaikan Seksyen 25 |
18 | 259 | Bayaran Seniman Kembara |
19 | 351 | Bayaran Semula Pampasan 2% |
20 | 353 | Bayaran Kenaikan Pampasan 2% |
21 | 361 | Bayaran Penalti Khas Subseksyen 113(1)/114(1) |
22 | 362 | Bayaran Taksiran LBATA (Kadar Tetap RM 20,000.00) |
23 | 363 | Bayaran Taksiran LBATA (3% ke atas Pendapatan Bercukai) |
24 | 364 | Bayaran Kompaun LBATA |
25 | 365 | Bayaran Kenaikan Seksyen 13 LBATA |
26 | 375 | Bayaran Taksiran LBATA (24%Aktiviti Perdagangan) |
27 | 376 | Bayaran Taksiran LBATA (24%Aktiviti Bukan Perdagangan) |
CARA PEMBAYARAN CUKAI SYARIKAT
Skim Ansuran CP204
Syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi yang belum memulakan operasi tidak perlu mengemukakan Borang CP204.
Bagi syarikat yang telah sedia beroperasi, anggaran cukai hendaklah dibayar secara ansuran yang sama banyak mulai bulan ke 2 tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran.
Contoh:
Jumlah bulan dalam tempoh asas | = | 12 bulan | ||
Anggaran cukai | = | RM12,000 | ||
Ansuran bulanan | = | RM12,000 | ||
= | RM12,000 / 12 | = | RM1,000 |
Bagi syarikat yang baru beroperasi, bayaran ansuran bermula pada bulan ke 6 dalam tempoh asas sesuatu tahun taksiran misalnya dibayar pada bulan ke 6 selepas syarikat memulakan perniagaan.
Syarikat hendaklah membayar ansuran cukai yang telah dianggarkan selewat-lewatnya pada hari ke 15 setiap bulan.
BAYARAN BAKI CUKAI
Apabila cukai sebenar bagi sesuatu tahun taksiran telah ditentukan, baki cukai iaitu cukai sebenar setelah menolak bayaran ansuran (jika ada) hendaklah dibayar tidak lewat daripada hari terakhir 7 bulan selepas tarikh penutupan akaun.
DENDA DI BAWAH SKIM ANSURAN
Denda dalam bentuk kenaikan cukai akan dikenakan jika:
- Syarikat yang gagal membuat bayaran ansuran bulanan sepenuhnya dalam tempoh ditetapkan, bayaran ansuran bulanan yang tidak dijelaskan akan dinaikkan sebanyak 10% tanpa sebarang notis diperlukan dari HASiL.
- Jika perbezaan di antara cukai sebenar dan anggaran cukai dipinda anggaran asal cukai (jika tiada anggaran cukai dipinda dikemukakan) melebihi 30% dari cukai kena dibayar, cukai akan dinaikkan sebanyak 10% ke atas perbezaan melebihi 30% tanpa sebarang notis tambahan. Formula pengenaan denda ialah:
Formula pengiraan amaun cukai yang dinaikkan seperti berikut;
KENAIKAN CUKAI = [ ( AT – ET ) – ( 30% x AT ) ] x 10%
Di mana: AT: Cukai sebenar yang kena dibayar
ET: Anggaran cukai dipinda atau anggaran cukai asal (jika tiada anggaran cukai dipinda dikemukakan).
PENALTI LEWAT BAYARAN BAKI CUKAI
Jika baki cukai tidak dibayar pada tarikh ditetapkan, penalti sebanyak 10% akan dikenakan ke atas baki cukai.
Rayuan Ke Atas Penalti
Rayuan secara bertulis dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Taksiran dikeluarkan perlu dikemukakan kepada Pejabat HASiL berkenaan (Unit Pungutan), jika syarikat tidak bersetuju terhadap penalti lewat bayar yang dikenakan.
Syarikat perlu menjelaskan tanggungan cukai walaupun rayuan dibuat.
KESIMPULAN
Pembayaran cukai syarikat di Malaysia adalah satu tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan oleh mana-mana syarikat. Dengan memahami prosedur yang betul, memastikan rekod kewangan yang teliti, dan mematuhi tarikh akhir yang ditetapkan, syarikat dapat mengelakkan penalti dan menguruskan kewangan mereka dengan lebih efektif. Adalah bijak untuk mendapatkan nasihat daripada pakar cukai atau akauntan bertauliah untuk memastikan pematuhan yang tepat dan mengoptimumkan strategi cukai syarikat.