Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) merupakan dokumen penting yang perlu diisi dan dihantar oleh setiap pembayar cukai di Malaysia kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
BNCP yang tidak lengkap boleh menyebabkan masalah dalam penilaian cukai dan mungkin dikenakan penalti. Oleh itu, memahami kriteria yang menyebabkan BNCP dianggap tidak lengkap adalah penting untuk memastikan borang tersebut diterima tanpa sebarang isu. Artikel ini akan membincangkan kriteria-kriteria yang menyebabkan BNCP tidak boleh diterima oleh LHDN.
1. TIDAK MENGGUNAKAN BORANG NYATA YANG DITETAPKAN OLEH HASIL.
CATATAN
- Borang Nyata dalam format PDF yang dicetak dari Portal Rasmi HASiL yang tidak memenuhi spesifikasi cetakan adalah tidak dibenarkan.
- Menggunakan Borang Nyata yang dicetak dalam format sendiri adalah tidak dibenarkan.
- Menggunakan Borang Nyata yang ditandakan ‘Untuk Rujukan Sahaja’ yang dicetak dari Portal Rasmi HASiL adalah tidak dibenarkan.
- Pengisian maklumat dengan menggunakan PENSEL adalah tidak dibenarkan.
- Borang Nyata tidak boleh dihantar melalui faks.
- Terdapat muka surat dan lampiran yang tercicir daripada Borang Nyata yang dikemukakan oleh pembayar cukai /wakil pembayar cukai.
PENERANGAN
Spesifikasi cetakan Borang Nyata yang diterima:
- Jenis Kertas :
- Plain white A4 *
- (210mm x 297mm) /
- 80gsm (minimum)
- * Bukan kertas kitar semula
- Orientasi Kertas : Portrait
- Teknologi Cetakan : Laser
- Warna Cetakan : Hitam / Pure Black / Monochrome
- Kualiti cetakan : Single sided / 1 sheet per page / 300 dpi
Pembayar cukai hendaklah memastikan muka surat dan lampiran dalam Borang Nyata adalah mencukupi seperti Borang Nyata asal yang dikeluarkan oleh HASiL.
2. TIDAK MENGGUNAKAN BORANG NYATA YANG DITETAPKAN OLEH HASIL BAGI TAHUN TAKSIRAN BERKAITAN.
CATATAN
Tahun taksiran yang tertera pada Borang Nyata tidak boleh dipinda kecuali bagi pengeluaran Surat Penyelesaian Cukai.
PENERANGAN
Pembayar cukai hendaklah menggunakan Borang Nyata yang ditetapkan oleh HASiL bagi tahun taksiran berkaitan.
3. KESILAPAN DALAM MAKLUMAT ASAS YANG DIISI DALAM BORANG NYATA.
CATATAN
Terdapat kesilapan dalam maklumat asas yang diberikan dalam Borang Nyata seperti:
Nama,
Nombor Pengenalan atau
Nombor Pendaftaran.
PENERANGAN
Pembayar cukai hendaklah memastikan bahawa maklumat yang dikemukakan adalah betul dan tepat. Pembayar cukai perlu mengemukakan salinan Notis Pendaftaran Nama Baharu / Perakuan Pemerbadanan/ kad pengenalan / pasport jika terdapat perbezaan dengan maklumat yang dilaporkan sebelum itu kepada LHDNM.
4. KESILAPAN ATAU TIDAK MEMASUKKAN TARIKH TEMPOH PERAKAUNAN DAN / ATAU TEMPOH ASAS YANG LENGKAP DALAM BORANG NYATA.
CATATAN
Terpakai untuk Borang Nyata bagi C1, PT, TA, TC, TR dan TN sahaja.
PENERANGAN
Pembayar cukai hendaklah memastikan tarikh tempoh perakaunan dan tempoh asas yang dimasukkan adalah betul dan lengkap.
5. TIDAK MENGEMUKAKAN BORANG TUNTUTAN RELIF KUMPULAN [BORANG (RK-T) / BORANG (RK-S)] BAGI BORANG TN.
CATATAN
Terpakai untuk Borang TN sahaja.
PENERANGAN
Amanah perniagaan yang menuntut / menyerahkan kerugian di bawah peruntukan relif kumpulan hendaklah mengemukakan Borang (RK-T) / Borang (RK-S) bagi Borang TN, yang mana berkenaan.
6. KESILAPAN MENGISI AMAUN DAN PENGIRAAN CUKAI YANG SALAH DALAM BORANG NYATA.
CATATAN
- Bahagian: Pendapatan sehingga Cukai Kena Dibayar / Dibayar Balik
- Kesilapan dalam amaun yang dimasukkan di ruangan dari Bahagian ‘Pendapatan’ sehingga Bahagian ‘Cukai Kena Dibayar / Dibayar Balik’.
- Bahagian: Cukai Kena Dibayar
- Jumlah amaun di ruangan ‘Pecahan Pendapatan Bercukai’ tidak sama dengan amaun di ruangan ‘Pendapatan Bercukai’.
- Ada amaun diisi di ruangan ‘Pendapatan Bercukai’ tetapi pengiraan cukai tidak ditunjukkan.
- Pecahan Pendapatan Bercukai tidak mengikut jadual cukai yang dikeluarkan oleh HASiL.
- Menggunakan kadar cukai yang salah.
- ‘Jumlah Cukai Pendapatan’ berbeza dengan pengiraan cukai pendapatan.
- Jumlah Pendapatan Bercukai salah disebabkan kesilapan matematik.
- Mengisi amaun ‘Cukai Kena Dibayar’ di ruangan ‘Cukai Dibayar Balik’ atau sebaliknya.
- Amaun tuntutan di bawah ‘Pelepasan cukai seksyen 132 dan 133’ melebihi amaun ‘Jumlah Cukai Yang Dikenakan’.
PENERANGAN
Pembayar cukai hendaklah memastikan amaun yang dimasukkan dan pengiraan cukai adalah benar dan tepat.
7. BUTIRAN DI BAHAGIAN ‘AKUAN’ BORANG NYATA TIDAK DIISI DENGAN BETUL ATAU TIDAK DILENGKAPKAN.
CATATAN
- Tiada maklumat berikut:
- Nama
- No. Pengenalan / Pasport
- Jawatan
- Tandatangan
- Tiada tandatangan.
- Tandatangan di luar petak yang disediakan dalam borang.
- Menggunakan cap tandatangan.
- Borang Nyata bukan ditandatangani oleh pemegang jawatan yang layak (bagi pihak sesuatu syarikat / kumpulan orang) seperti dikehendaki di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
- Butiran di Bahagian ‘Akuan’ adalah tidak sama dengan maklumat asas pembayar cukai walaupun akuan menunjukkan ‘Borang Nyata diisi bagi pihak sendiri’.
PENERANGAN
Borang Nyata yang tidak ditandatangani tidak akan diproses. Penggunaan cap tandatangan adalah tidak dibenarkan. Butiran di bahagian ini hendaklah diisi dengan betul dan lengkap.
8. BUTIRAN ALAMAT TIDAK DIISI ATAU TIDAK DILENGKAPKAN.
CATATAN
Tiada maklumat alamat surat-menyurat.
PENERANGAN
Borang nyata tidak akan diproses. Butiran di bahagian ini hendaklah diisi dengan betul dan lengkap.
9. TARIKH YANG DILULUSKAN OLEH MENTERI SEBAGAI PEKERJA BERPENGETAHUAN / PEKERJA BERKEPAKARAN.
CATATAN
Tiada maklumat tarikh diluluskan oleh Menteri.
PENERANGAN
Borang nyata tidak akan diproses. Butiran di bahagian ini hendaklah diisi dengan betul dan lengkap.
10. PENYATA C.P.8D TIDAK LENGKAP
CATATAN
- Data yang dikemukakan tidak dapat diproses.
- C.P.8D dikemukakan dengan menggunakan kaedah selain daripada e-CP8D, e-mel atau pemacu USB.
- Mengemukakan C.P.8D bagi lebih daripada satu majikan dalam satu pemacu USB adalah TIDAK dibenarkan.
- Maklumat C.P.8D dalam pemacu USB tidak menggunakan format yang telah ditetapkan oleh HASiL.
PENERANGAN
Peranti yang dibenarkan untuk pengemukaan C.P.8D adalah pemacu USB.
Pengemukaan C.P.8D melalui kemudahan e-mel hendaklah dihantar ke alamat CP8D@hasil.gov.my.
11. BORANG PEMBERITAHUAN PERTUKARAN TEMPOH PERAKAUNAN (CP204B) TIDAK LENGKAP
CATATAN
- Bahagian akuan tidak lengkap.
- Tandatangan bagi pihak / tandatangan fotokopi / jawatan yang dinyatakan dibahagian akuan adalah tidak diterima.
- Tempoh perakaunan dan Tempoh asas adalah berbeza.
- Terdapat perbezaan nama syarikat dengan maklumat dalam rekod LHDNM.
PENERANGAN
C204B hanya boleh ditandatangani oleh pemegang jawatan yang layak seperti yang dinyatakan dibahagian akuan pada borang.
Pembayar cukai perlu kemukakan salinan resolusi pengarah.
Pembayar cukai perlu kemukakan salinan Sijil Pemerbadanan Syarikat (Seksyen 17 Akta Syarikat 2016) dan Sijil Pertukaran Nama Syarikat dari SSM.
KESIMPULAN
Mengisi BNCP dengan tepat dan lengkap adalah tanggungjawab setiap pembayar cukai. Kesilapan atau kelalaian dalam mengisi borang ini boleh menyebabkan masalah serius, termasuk penalti dan audit oleh LHDN. Oleh itu, pastikan semua maklumat peribadi, pendapatan, pelepasan, dan rebat cukai diisi dengan betul dan disertakan dengan dokumen sokongan yang diperlukan. Jika perlu, dapatkan bantuan daripada pakar cukai untuk memastikan BNCP anda lengkap dan tepat. Dengan melakukan ini, anda boleh mengelakkan masalah dan memastikan pematuhan cukai yang lancar.